You are currently viewing Kenapa Syurga Di Ciptakan?

Kenapa Syurga Di Ciptakan?

  • Post category:Ilmu
  • Post author:
  • Reading time:2 mins read

Kita perlu tahu yang Allah SWT mencipta syurga adalah sebagai hadiah atas segala ujian yang kita lepasi selama ini. Jika ats dunia kita rasakan beratnya ujian Allah SWT maka pastinya balasan atas segala ujian ‘yang kita rasa berat itu’ sangat istimewa juga. Di syurga kelak, Allah SWT menjadikan ahli syurga dapat bersenang lenang berbeza sekali sewaktu menjalani kehidupan di dunia.

Ketika penghuni-penghuni syurga mendiami istana nya di sana nanti, akan ada beribu-ribu hamba yang akan menjalani kehidupannya, buat selama-lamanya. Jangan ingat di dalam syurga nanti hanyalah perempuan bertudung labuh, lelaki bertasbih dan orang kerjakan amalan agama semata-mata, tidak!!

Apa saja keindahan alam yang ada dunia akan berada di syurga melainkan perkara yang tidak baik. Jika di dunia manusia perlu banyakkan beramal, sujud, bersolat, bersedekah dan sebagainya, di syurga kelak adalah tempat untuk bersenang lenang sebagai balasan atas segala penat lelah untuk menjadi seorang hamba Allah yang baik ketika di dunia.

Sambungan pada Bahagian 3 akan diceritakan iaitu “Kenderaan Di Syurga”


Ayuh Ikuti laman Facebook kami untuk perkongsian berkenaan Quran dan infografik Tajwid.
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086009495896


Juga Quiz Tajwid dan sharing LIVE di laman Telegram Mikraj
https://t.me/+AOPm8JA53lJhMGE1

Sumber rujukan: Kehidupan Di syurga Menurut Al-Quran & Hadis – Ustaz Wadi Annuar