You are currently viewing Kehidupan di Syurga menurut Al-Quran

Kehidupan di Syurga menurut Al-Quran

  • Post category:Ilmu
  • Post author:
  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:10 mins read

Sebelum tiba ke syurga, manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar. Allah SWT akan membentangkan alam ini dan diratakan. Tiada lagi tempat yang rendah dan tinggi, Padang Mahsyar ini teramatlah luas sehinggakan apabila kita menoleh ke kanan tidak akan nampak penghujungnya dan apabila kita menoleh ke kiri tidak akan nampak penghujungnya juga.

Perjalanan Menuju Syurga

Di celah-celahnya ada jin dan makhluk Allah yang lain. Ketika pandang ke hadapan barulah nampak penghujungnya iaitu sebuah tempat untuk membuat penimbangan. Maka, manusia akan dipanggil seorang demi seorang. Manusia akan dipanggil mengikut nama yang ibu ayahnya beri ketika di atas dunia ini.

Setelah nama di panggil, kita akan berdiri di hadapan tempat penimbangan seorang diri dan saat ini barulah malaikat akan mengambil buku amalan kita yang turun dari tempat simpanannya. Buku ini diambil oleh malaikat dalam keadaan bergulung.

Terdapat lebih kurang 90 helaian dan setiap helai adalah sejauh mata memandang. Buku itu di buka di hadapan ‘tuannya’ masing-masing (kita). Proses penimbangan akan di lakukan secara langsung di hadapan Allah SWT sendiri. Tidak akan ada seorang penerjemah pun di antara kita dan Allah SWT. Kita sendiri yang akan berdiri di hadapan Nya untuk menghadapai keputusan yang bakal di jatuhkan ke atas kita.

Jika kita berbohong, banyak berbuat dosa terutama jika dosa melibatkan hak orang lain, maka besar kemungkinan akan menerima keputusan yang tidak baik. Sekiranya kita banyak berbuat baik, seorang anak yang bagus, seorang suami/isteri yang soleh/solehah, seorang muslim yang taat, inshaAllah kita berpeluang untuk menjadi salah seorang penghuni di syurga.

Jika berjaya menjadi penghuni syurga, sebelum keputusan di hulur, tangan kanan kita yang akan terlebih dahulu terangkat dengan sendirinya untuk menyambut dan memegang buku itu, Selepas berakhirnya semua proses penimbangan. Ahli syurga akan berada di sebelah kanan dan ahli neraka akan ditempatkan di sebelah kiri.

Terpilih Menjadi Ahli Syurga

Lalu Allah akan tarik perhatian semua makhluk untuk melihat melihat ke satu arah di hadapan. Saat ini allah akan datangkan satu makhluk yang bernama ‘kematian’. Kita ken tahu yang semua ciptaan Allah SWT ini adalah makhluk. ;Masa’ itu makhluk. ‘Hidup’ itu makhluk. ‘Mati’ itu juga adalah makhluk. Makhluk yang bernama ‘kematian’ ini belum pernah dilihat oleh sesiapa termasuk para malaikat. ‘Mati’ di bawa datang ke hadapan lalu Allah mematikan ‘kematian’ tersebut di hadapan semua orang.

Apabila ‘kematian’ telah menemui ajalnya, …
Lalu berteriaklah seorang malaikat ke arah sebelah kanan…
“Wahai penduduk syurga.. KEKAL lah kalian selama-lamanya”.

Lalu berteriak pula seorang malaikat ke arah sebelah kiri…
“Wahai penduduk neraka, KEKAL lah kalian selama-lamanya”

Kebiruanlah penduduk neraka akibat ketakutan yang amat sangat. Penduduk neraka mula takut kerana tiada lagi mati yang akan mematikan mereka. Mereka akan perlu hadapi semua azab setiap masa setiap saat tanpa henti mengikut jumlah dosa masing-masing. Maka bermulalah perjalanan di atas titian sirat. Perjalanan saja memakan masa beratus tahun. Ahli syurga akan melangkah dengan kaki kanannya dahulu dan ada yang bergerak selaju kilat, selaju kuda dan ada juga yang selaju berlari.

Telaga Kausar

Semasa hampir dengan pintu syurga, para penghuni syurga akan singgah sebentar di Telaga Kausar. Masing-masing masih lagi saling memegang keputusan dengan tangan kanan. Disinilah Rasulullah SAW sedang menanti para umatnya. Para penghuni neraka cuba sedaya upaya untuk mendekati telaga ini namun tidak berjaya kerana di kawal ketat oleh para malaikat.
Telaga kausar ini merupakan anugerah awal daripada Allah SWT pada semua manusia yang taat kepadaNya. Di telaga kausar inilah kita berpeluang untuk duduk berehat melepaskan penat dan dahaga. Masing-masing saling tersenyum dan saling menyapa antara satu sama lain. Semua bakal penghuni syurga akan meminum air dari telaga nabi ini dan walau ada yang akan tiba selepas jutaan tahun sekalipun di telaga tersebut, bilangan cawan untuk meminum air dari telaga itu tidak akan pernah kurang.

Hal ini demikian kerana jumlah cawan tersebut adalah seperti banyaknya jumlah bintang di langit. Datanglah selambat mana sekalipun Nabi akan sentiasa menunggumu. Ada yang apabila tiba, Nabi Muhammad SAW sendiri yang menghulurkan cawannya dan ada ketika para malaikat yang akan menghulurkan cawannya.

Wajah Berseri, Hati Menjadi Bersih

Setelah meminum air itu, hati para penghuni syurga akan menjadi bersih sebersihnya. Allah akan menyembuhkan semua penyakit hati dari dalam diri mereka. Wajah mereka juga akan berseri-seri seperti bulan purnama, Kacak cantik dan bercahaya. Tiada lagi perkara keji di dalam hati masing-masing termasuk lah perasaan cemburu, benci dan iri hati.

Di antara semuanya, Nabi Muhammad SAW merupakan orang pertama yang tiba di hadapan pintu syurga dengan ditemani oleh Abu Bakar di sebelah kanan dan Omar r.a di sebelah kiri baginda. Ketika tiba, pintu syurga adalah dalam keadaan tertutup. Allah SWT sendiri yang telah memerintahkan supaya pintu syurga ini sentiasa ditutup sepanjang tahun (kecuali Ramadhan) dan pintu ini hanya boleh di buka di akhirat kelak apabila diminta oleh Muhammad SAW.

Maka, apabila Nabi Muhammad SAW melihat pintunya ditutup, maka di ketuknya pintu itu supaya didengar oleh malaikat penjaga pintu syurga itu dari dalam. Selepas malaikat memastikan yang pintu itu di ketuk oleh Nabi Muhammad SAW, barulah pintu itu tadi di buka. Luasnya sebuah pintu itu adalah seperti jarak antara Mekah ke Busyra atau antara Mekah Ke hajar dan terdapat 8 buah pintu syurga ke semuanya.

(aplikasi canggih hari ini telah dapat membuktikan kesahihan kata-kata baginda iaitu jarak antara mekah-Busyra dan mekah-Hajar adalah sama)

Kenikmatan Syurga Dan Syafaat Nabi Muhammad SAW

Penghuni syurga diberi kenikmatan yang tidak diperoleh di dunia. Ketika berada di hadapan pintu syurga, tubuh yang Allah pinjamkan ini akan di tukar. Allah SWT akan tinggikan semua penghuni syurga sehingga 60 hasta dengan lebarnya 7 hasta dan semua penghuni syurga ini, lelaki dan wanita akan berumur 33 tahun.

Ketika Nabi ingin melangkah masuk ke syurga, baginda meletakkan tangan kanannya di ats bahu Abu Bakar dan tangan kirinya di atas bahu Omar r.a. Namun sebelum masuk, tiba-tiba langkah nabi terhenti lalu baginda berpaling semula ke belakang dan merenung ke arah kawasan titian sirat yang sejauh mata memandang.

Apabila di tanya kenapa berpaling dan tidak terus melangkah?
Baginda mengatakan yang dia ingin melihat kalau-kalau ada umatnya yang terjatuh dari titian sirat. Jika ada, Baginda ingin menolong dengan memberikan syafaat pada mereka.

Maka sebab itu kita perlu banyak berselawat ke atas nabi kerana setiap selawat itu akan sampai di hadapan baginda. Apabila ada selawat yang sampai di hadapan Nabi Muhammad SAW, Allah SWT akan mengembalikan roh ke dalam jasad baginda supaya baginda dapat menerima selawat itu berserta dengan nama orang yang mengirimkan selawat tersebut kepada baginda.

Leave a Reply