You are currently viewing Kepentingan Quran Terjemahan Melayu

Kepentingan Quran Terjemahan Melayu

  • Post category:Ilmu
  • Post author:
  • Reading time:1 mins read

Terjemahan dalam Bahasa Melayu dapat memberi para pembaca memahami isi kandungan Al-Quran dengan lebih baik dan jelas. Ia adalah satu usaha yang bagus dan patut dipuji.

Menurut Idris Mansor, sarjana bidang terjemahan dalam kajiannya bertajuk Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Melayu berpendapat bahawa walaupun usaha penterjemahan al-Quran pada peringkat awal dilarang oleh sarjana Islam kerana al-Quran merupakan mukjizat dan mempunyai bahasa khusus yang tidak mampu disampaikan dalam bahasa lain, namun hal ini dibolehkan jika bertujuan untuk memberi kefahaman kepada golongan pembaca yang tidak memahami bahasa Arab kerana terjemahan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian.

Semua pakar linguistik al-Quran menegaskan bahawa bahasa Arab berbeza dengan bahasa al-Quran daripada segi makna literal dengan makna tafsir. Oleh itu, penterjemahan al-Quran hanya boleh dilakukan oleh orang Islam yang memahami bahasa Arab dengan baik.

Terjemahan al-Quran merupakan suatu usaha yang besar ke arah pembinaan masyarakat yang menghayati nilai-nilai agama Islam yang terkandung dalam al-Quran khususnya masyarakat Melayu yang tidak memahami bahasa Arab untuk mendalami ilmu-ilmu agama.