You are currently viewing Hari Arafah Antara Waktu Mustajab Dan Makbul Doa

Hari Arafah Antara Waktu Mustajab Dan Makbul Doa

Hari Makbulnya Doa! Hari Arafah (atau juga dikenal sebagai Hari Arafat) adalah salah satu hari penting dalam agama Islam dan jatuh pada tanggal 9 Zulhijjah dalam bulan Hijriyah. Pada hari ini, jutaan jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, di luar Makkah, Saudi Arabia, untuk menjalankan ibadah Haji.

Hari Arafah adalah hari di mana jemaah Haji berada di Padang Arafah dan melakukan beberapa amalan penting. Salah satunya adalah berdiri di Bukit Arafah dari tengah hari sampai matahari terbenam, berdoa, memohon ampunan, dan memperbanyak ibadah kepada Allah SWT.

Dalam hadis, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa puasa pada Hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa selama satu tahun yang lalu dan satu tahun yang akan datang.

Bagi umat Islam di luar wilayah Padang Arafah, Hari Arafah juga memiliki makna penting. Banyak umat Islam yang tidak menjalankan ibadah Haji berpuasa pada Hari Arafah sebagai amalan sunnah. Puasa ini dikenal sebagai puasa Arafah. Hal ini dilakukan sebagai bentuk ibadah dan mengikuti jejak Rasulullah SAW.

Hari Arafah juga dikatakan sebagai hari makbulnya doa. Jadi semua umat Islam sekarang sedang berebut-rebut memenuhkan masa mereka dengan pelbagai amal ibadah serta berdoa kepadaNya.

Doa Yang Boleh Diamalkan, Insyaa Allah Mustajab!

1. Doa Penyerahan Diri Kepada Allah

Daripada Ali Bin Abi Thalib beliau berkata: Kebanyakan doa yang diucapkan Rasulullah SAW pada hari Arafah di tempat wuquf adalah:

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَالَّذِي نَقُولُ وَخَيْرًا مِمَّا نَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي وَإِلَيْكَ مَآبِي وَلَكَ رَبِّ تُرَاثِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَوَسْوَسَةِ الصَّدْرِ وَشَتَاتِ الْأَمْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَجِيءُ بِهِ الرِّيحُ

Maksudnya: “Ya Allah, segala puji bagi-Mu seperti yang kami ucapkan, dan lebih baik daripada apa yang kami ucapkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, ibadah hajiku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu aku akan kembali, dan milik-Mu wahai Tuhanku kekayaanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan kubur, keraguan hati, serta kekacauan urusanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang dibawa oleh angin.”- (HR Tirmidzi, hadis gharib)

2. Memohon Keampunan Daripada Allah SWT

Abu Bakar as-Siddiq r.a. pernah meminta Nabi Muhammad SAW mengajarkan satu doa kepadanya. Lalu baginda SAW bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku dengan banyak kezaliman dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka ampunilah aku dengan sebuah pengampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’- (HR Bukhari, hadis sahih)

3. Memohon Keampunan Bagi Kedua Ibu Bapa

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”- (Surah Ibrahim 14: 41)

4. Memohon Rahmat Daripada Allah SWT

Firman Allah SWT:

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”-(Surah al-Mukminun 23:109)

5. Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Ketaatan

Firman Allah SWT:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )

6. Zikir Nabi SAW Semasa Hari Afarah

Daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari ‘Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para nabi sebelumku katakan adalah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian dan Dialah Maha Menguasai atas segala sesuatu.”- (HR Tirmizi, hadis hasan)

Jadi mari beramai kita berdoa di Hari Arafah ini dengan hati yang ikhlas dan suci, semoga Allah SWT akan menerima doa dan amal kebaikan kita di bulan Zulhijjah ini.

Leave a Reply