Setiap kali menonton video yang tular di media sosial mengenai pemberian hadiah kepada ibu bapa, lazimnya ramai yang menulis komen “Siapalah yang buat mata aku masuk habuk ni?” atau “bergenang air mata”. Begitu jualah perasaan seorang ibu apabila mendapat hadiah dari anaknya yang tersayang. Kasih dan rindu terhadap anaknya membuat hati semakin sebak dan terharu. Tambahan pula hadiah yang diberi merupakan hadiah yang sangat diimpikan oleh ibu. Masyaallah betapa bahagianya hati seorang ibu. Sesungguhnya memberi hadiah merupakan sunnah yang sangat digalakkan.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W pula:
تهادُوْا تحابُّوا
Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594), [Lihat: al-Adab al-Mufrad; m/s 306], Hadith Shohih, [Lihat juga Irwa’ al-Ghalil; 6/44]
Maka, jelaslah di sini bahawa perbuatan memberi dan menerima hadiah sangatlah dianjurkan dalam Islam bagi memupuk rasa kasih dan sayang begitu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Pelbagai jenis hadiah juga boleh diberikan, yang paling penting ikut kemampuan diri. Tidak perlu memberi hadiah yang melebihi kemampuan semata-mata untuk meraih ‘views & like’. Cukuplah memberi hadiah sekadar untuk membalas semula kebaikan dan bakti ibu bapa kita. Jadi ini antara tips yang anda boleh gunakan untuk mencari hadiah istimewa sehingga ibu bapa and menangis menerimanya.
Tips Memilih Hadiah Istimewa
1. Fikirkan nilai sentimental
Hadiah istimewa seharusnya juga mempunyai nilai sentimental dan mempunyai makna yang istimewa bagi si penerima. Anda boleh mempertimbangkan hadiah yang mempunyai kaitan dengan kenangan yang pernah anda lalui bersama si penerima. Contohnya, gambar kenangan bersama, hadiah yang diberikan semasa tarikh ulang tahun atau hari jadi, atau hadiah yang mewakili peristiwa penting dalam kehidupan mereka.
2. Hadiah yang bermanfaat
Hadiah istimewa seharusnya juga berguna dan sesuai dengan keperluan si penerima. Anda boleh mempertimbangkan hadiah yang berkaitan dengan keperluan mereka seperti peralatan elektronik, alat muzik, dan yang antara hadiah yang paling bagus dan bermanfaat untuk ibu bapa kita ialah Alquran. Membaca Al-Quran mempunyai keutamaan yang besar dalam Islam. Dengan memiliki dan membaca al-Quran, penerima hadiah dapat terus mendapat kebaikan dan pahala dari setiap ayat yang dibacanya. Ini boleh menjadi medan amal yang terus mengalir untuk mereka di dunia dan akhirat.
3. Dengarkan keinginan mereka
Jika mereka pernah menyebut tentang sesuatu perkara yang mereka mahu, jadikan ini sebagai hadiah. Ibu bapa akan merasa bahawa kita memberi perhatian dan mengambil berat terhadap apa yang mereka mahukan. Sebagai contoh, ibu merungut kerana susah nak membaca Alquran bersaiz kecil. Jadi, belikan mereka hadiah Alquran bersaiz besar yang boleh memudahkan mereka untuk membaca dalam rutin harian mereka.
Memberikan hadiah bukanlah satu pembaziran, lebih-lebih lagi memberikan hadiah kepada ibu bapa. Sebagai anak mereka perlu tahu setiap kebaikan yang dibuat dan dicurahkan kepada ibu bapa itu akan diberikan ganjaran dan pahala akan sentiasa mengalir buatnya. Dapat sesuatu ke bila bahagiakan ibu bapa? Mestilah dapat, ini antara kebaikan yang akan diperolehi kepada anak yang membahagiakan ibu bapanya:
Kebaikan Yang Diperolehi Untuk Anak Yang Membahagiakan Ibu Bapa
1. Kegembiraan dan kebahagiaan
Anak-anak yang menggembirakan ibu bapa akan membuatkan ibu bapa mereka berasa gembira dan banggga. Ibu bapa akan berasa berjaya dalam peranan mereka sebagai ibu bapa dan berasa disayangi dan dihargai oleh anak-anak mereka. Ibu bapa akan menangis kegembiraan kerana anak yang diasuh dan dididik dengan kasih sayang kini telah membalas jasa dan memberi kebahagiaan kepada mereka.
2. Hubungan yang kukuh
Apabila seorang anak menggembirakan ibu bapanya, hubungan mereka akan menjadi lebih kukuh. Kepercayaan, persefahaman dan saling menghormati akan berkembang antara ibu bapa dan anak-anak, mewujudkan ikatan yang mendalam dan berkekalan.
3. Kesan positif terhadap kesihatan dan kebahagiaan ibu bapa.
Kegembiaraan anak-anak boleh memberi kesan positif kepada kesihatan dan kebahagiaan ibu bapa. Apabila ibu bapa melihat anak mereka gembira dan berjaya, ia dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi mereka.
4. Inspirasi dan motivasi
Anak-anak yang menggembirakan ibu bapa boleh menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk mereka. Kejayaan dan pencapaian anak-anak dapat mendorong ibu bapa untuk terus berusaha dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Secara tidak langsung, mereka akan bersama memperbaiki diri masing-masing dan menambahkan lagi nilai kekeluargaan dan kasih sayang dalam keluarga.

Si ibu tadi menangis apabila anak pulang membawa hadiah ‘istimewa’ untuknya. Terkejut si ibu apabila mendapati anaknya membawa senaskah Al-Quran. Mana tidak sedih, Al-Quran lama telah rosak dan kecik, susah nak membaca bila perlukan cermin mata. Bersyukur si ibu menerima Al-Quran pemberian anak tercinta. Nak mengaji pun senang, anak pula mendapat aliran pahala seumur hidup sepanjang ibunya menggunakan hadiah tersebut. Maka, bertambah kasih sayang antara mereka berdua Insyaallah. Hadiah istimewa seperti Al-Quran Mathani sangat popular sekarang, Insyaallah hati ibu dan bapa akan gembira dan terharu menerimanya dan anda akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat kerana telah membahagiakan ibu bapa anda.