Bulan Zulhijjah merupakan bulan ke 12 dalam Islam dimana bulan ini umat Islam mengerjakan ibadah Haji di bumi suci Makkah.
Bulan Zulhijjah mempunyai banyak keistimewaan antaranya umat Islam yang mengerjakan ibadah Haji. Ibadah haji, salah satu dari lima rukun Islam, dilaksanakan selama 10 hingga 13 Zulhijjah. Umat Islam yang mampu secara fizikal, kewangan, dan logistik diwajibkan untuk melaksanakan ibadah haji sekali seumur hidup.
Selain itu, bulan ini dianggap istimewa kerana adanya Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban). Hari Raya Korban dirayakan pada tanggal 10 Zulhijjah. Ia merupakan hari di mana umat Islam menyembelih binatang korban sebagai tanda pengorbanan dan taqwa kepada Allah. Daging korban akan dibahagikan kepada keluarga, kawasan kejiranan, dan mereka yang memerlukan.
Selain itu, bulan ini juga memiliki beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam, seperti peristiwa Nabi Ibrahim (Abraham) dan Nabi Ismail (Ishmael), yang merupakan asal mula ibadah korban.
Bukan itu sahaja, bulan ini juga merupakan bulan untuk melakukan kebaikan dan amalan sunnah demi merebut ganjaran pahala. Keistimewaan bulan ini ialah pahala yang diberi adalah lebih besar daripada pahala Jihad.
Amalan Bulan Zulhijjah, Bulan Pengganda Pahala
1. Berpuasa Sunat
Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardhu bagi umat Islam yang menunaikan ibadah haji.
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, dianjurkan untuk berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari tersebut.
Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhhamd SAW bersabda:
صِيَامٌ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَن يُكَفِّرُ السَّنَّةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالَّتِي بَعْدَهُ
Maksudnya: “Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada Allah agar adalah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.”
[HR Muslim, hadis sahih]
2. Memperbanyakkan doa
Kelebihan bulan ini juga terletak pada doa yang diucapkan, terutamanya pada Hari Arafah (9 Zulhijjah).
Kelebihan bulan Zulhijjah juga terletak pada doa yang diucapkan, terutamanya pada Hari Arafah (9 Zulhijjah).
Nabi Muhammad SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku ialah, tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
[HR al-Tirmizi, hadis hasan]
3. Memperbanyakkan berzikir
Antara cara merebut kelebihan bulan Zulhijjah juga adalah dengan memperbanyakkan zikir.
Antara cara merebut kelebihan bulan Zulhijjah juga adalah dengan memperbanyakkan zikir.
Hadis Nabi Muhammad SAW:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang pahala di hari itu lebih besar di sisi Allah dan beramal di hari itu lebih dicintai di sisi Allah daripada sepuluh hari ini. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
[HR Ahmad]
4. Mentadabbur Ayat Al-Quran
Tadabbur bermaksud menghayati atau merenung kisah-kisah di dalam Al-Quran sewaktu membacanya.
Firman Allah SWT:
أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَیۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُوا۟ فِیهِ ٱخۡتِلَـٰفا كَثِیرا
Maksudnya: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”
[Surah al-Nisa’: 82]
5. Melakukan Ibadah Korban Bagi Yang Berkemampuan
Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[HR al-Tirmizi, hadis hasan]
Larangan Berpuasa Pada Hari-Hari Tasyrik
Hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah merupakan amalan melontar jamrah di Mina bagi yang mengerjakan ibadah haji. Selain itu, umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, digalakkan untuk melakukan ibadah korban pada tarikh tersebut.
Kita juga dianjurkan untuk menikmati makanan dan minuman sebagai bentuk syukur atas nikmat Allah SWT. Rasulullah SAW menyebutkan Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksudnya: “Hari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.”
[HR Muslim, hadis sahih]
Lakukan Amalan Sunat, Pahala Umpama Berjihad
Walau bagaimanapun, masih banyak lagi ibadah sunat lain yang boleh kita lakukan di bulan Zulhijjah ini, namun berikut adalah antara amalan yang boleh kita lakukan.
Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.