TULISAN RUMI jadi permintaan ramai? Sekarang ni, nak beli Al-Quran tu senang je. Ada yang digital dan ada juga yang fizikal. Semua Al-Quran yang ada di pasaran mempunyai kelebihan dan ciri-ciri yang bagus untuk pembaca-Nya.
Al-Quran fizikal di Malaysia kebanyakannya menggunakan tulisan dan bahasa Arab yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tetapi ada juga yang mempersoalkan keperluan tulisan rumi dalam Al-Quran.
Aplikasi Al-Quran digital dalam Google Play Store dan Apple Apps Store kini juga menjadi perhatian ramai. Semakan mendapati sebahagian Al-Quran Digital menggunakan penulisan Rasm Uthmani yang diguna pakai di negara ini, manakala sebahagian lagi menggunakan rasm lain.
Aplikasi Smart Quran turut menggunakan terjemahan daripada tafsiran pimpinan Ar Rahman, manakala bacaan Qari dengan kebenaran bertulis daripada Mujamma’ Malik Fahd di Arab Saudi. Jadi, Al-Quran Digital tidak menjadi satu masalah tentang keperluan Rumi tersebut.
Walaupun kerajaan telah menetapkan untuk kekal menggunakan bahasa Arab dalam Al-Quran, peratus rakyatnya yang menguasai bahasa Arab juga lemah.
Tambahan pula, masih ada yang belum mengenal Al-Quran, ada juga yang rasa susah nak membaca Al-Quran dengan tulisan dan bahasa Arab. Ini adalah kerana mereka tidak tahu tentang bahasa Arab dan tidak mempelajarinya sejak kecil.
Jelas Kementerian Dalam Negeri, Al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu dalam bahasa Arab sahaja di Malaysia. Ini adalah kerana daripada Firman Allah SWT:
Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dalam bahasa arab. Firman Allah SWT:
إِنَّا جَعَلْنَـٰهُ قُرْءَٰنًا عَرَبِيًّۭا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.” (al-Zukhruf: 3)
Tulisan Rumi Tidak Boleh Digunakan Dalam Al-Quran, Ini Sebabnya…..
Teks Asal
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab dan dianggap sebagai wahyu langsung daripada Allah kepada Nabi Muhammad (SAW). Oleh itu, teks asal ditulis dalam bahasa Arab bagi menjaga keutuhan dan keaslian teks yang diyakini sebagai kalam Allah.
Kekayaan Linguistik
Bahasa Arab mempunyai kekayaan linguistik yang unik, termasuk struktur tatabahasa tertentu, perbendaharaan kata dan nuansa linguistik yang tidak dapat diungkapkan sepenuhnya dalam terjemahan ke bahasa lain. Tulisan atau terjemahan Rumi ke dalam huruf Latin mungkin tidak menyatakan dengan tepat kekayaan dan kedalaman bahasa Arab yang terdapat dalam al-Quran.
Kepentingan Bahasa Arab
Al-Quran juga memainkan peranan penting dalam memperkaya dan mengekalkan bahasa Arab sebagai bahasa ketuhanan dan sastera. Dengan mengekalkan Al-Quran dalam bahasa Arab, umat Islam di seluruh dunia digalakkan mempelajari dan memahami bahasa Arab bagi memahami dan menghormati kekayaan budaya dan keagungan bahasa ini.
Kesatuan Umat Islam
Al-Quran yang ditulis dalam bahasa Arab membantu mengekalkan kesatuan dan konsistensi dalam pemahaman ajaran Islam di seluruh dunia. Bahasa Arab adalah bahasa universal yang difahami oleh umat Islam dalam pelbagai budaya dan bangsa. Ini membolehkan umat Islam berkomunikasi, belajar dan merenung Al-Quran secara seragam.
Tiada Alasan Untuk Tidak Belajar!
TIDAK ada orang yang terus dapat menguasai Al-Quran melainkan semuanya bermula daripada mengenal huruf-hurufnya.
Bagi golongan yang masih dalam proses belajar pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan itu akan berjaya diatasi selepas melalui pembelajaran secara berterusan.
Apa yang menjadi kesalahan adalah belajar tidak berguru, sengaja membaca dengan salah, menghina Al-Quran serta membaca dengan cara memperlekehkan Al-Quran.
Antara isu yang sering dibangkitkan berhubung pembelajaran Al-Quran adalah boleh atau tidak membaca serta mempelajarinya dalam tulisan Roman atau rumi.
Alasan menggunakan Al-Quran tulisan rumi itu dikatakan lebih mudah selain turut dijadikan rujukan bagi golongan yang tidak pandai membaca menggunakan kaedah dalam bahasa Arab.
Belajar! Tiada alasan untuk tidak mempelajari bahasa Arab. Semua umat Islam hendaklah mengetahui cara dan kaedah mempelajari bahasa Arab supaya mereka dapat membaca Al-Quran dengan lebih fasih.
Tiada yang mustahil, semua bermula dengan usaha!