You are currently viewing Hukum Nun Wiqayah, Tak Pernah Tahu Pun Sebelum Ni?

Hukum Nun Wiqayah, Tak Pernah Tahu Pun Sebelum Ni?

  • Post category:Tajwid
  • Post author:
  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:6 mins read

Nun Wiqayah Antara Ilmu Tajwid Yang Ramai Tak Tahu!

Ilmu tajwid sememangnya satu perkara yang sering dipandang ringan dan ada yang tidak tahu pun tentang wujudnya hukum-hukum tajwid ini. Banyak lagi hukum tajwid yang orang ramai taktahu disebabkan tiada guru yang boleh mengajar atau kerana diri sendiri yang tiada usaha untuk belajar.

Antara hukum tajwid yang ramai tidak tahu dan tak pernah tahu pun ialah Hukum Nun Wiqayah, Nun ‘Iwadh atau Nun Pengganti dan juga dipanggil sebagai Nun kecil. Hukum ini kebanyakannya tidak diketahui umum kerana ia merupakan tanda bacaan ghorib.

Persoalan 1:

Ustaz, saya tak nampak pun Huruf Nun kecil, saya cuma nampak simbol tanwin je. Macam mana saya nak kenali hukum ni Ustaz?

Persoalan begini banyak yang ditanyakan terutama sekali bagi mereka yang baru mula belajar tentang hukum tajwid yang ada di dalam Al-Quran. Jadi bagaimana cara untuk mengenal hukum Nun Wiqayah? Mari saya kongsikan!

Cara Untuk Mengenal Hukum Nun Wiqayah

Hukum Nun Wiqayah ini memang tidak mempunyai tanda bacaan di dalam Al-Quran kerana ia merupakan tanda bacaan ghorib. Jadi, bagaimana untuk mengenalpasti hukum ini?

Cara untuk mengenalpasti hukum Nun Wiqayah ialah lihat pada tanda-tanda bacanya:

Apabila huruf yang bertanwin (berbaris dua atas, bawah atau depan) bertemu dengan Hamzah Wasal (huruf alif yang ditandai sod kecil atau seakan kepala sod; di atas alif), maka, Nun berbaris bawah perlu diletakkan selepas huruf bertanwin itu.

Cara bacaannya, huruf bertanwin tersebut, perlu dibaca dengan satu baris dan Nun kecil baris bawah ini tadi, perlu dibunyikan sekali. Berlakunya bacaan ini hanya pada bacaan Wasal (bersambung) sahaja.

Contoh ayat: Surah Al-Araf Ayat 7:8

Dzal tanwin baris dua di bawah bertemu hamzah wasal “Al haq”, dibaca sebagai:

Fahamkah? Hukum Nun Wiqayah ini tidah terlalu sukar untuk difahami dan diingati. Fahamkan cara Inshaa Allah dapat membaca Al-Quran dengan lebih sempurna selepas itu.

Berdosakah Bila Taktahu Tentang Hukum Ini?

Imam al-Jazari menukilkan dalam matannya yang terkenal:

وَالأَخْذُ بِالتَّجْوِيدِ حَتْمٌ لازِمُ … مَنْ لَمْ يُجَوِّدِ الْقُرَآنَ آثِمُ

MaksudnyaDan mengambil (membaca) dengan tajwid adalah wajib, barangsiapa yang tidak memperelokkan Al-Quran (bacaannya) maka dia berdosa.

Tartil dan tajwid mempunyai perbezaan maksud iaitu tartil merupakan salah satu cara tajwid, tajwid merangkumi sifat-sifat huruf dan apa yang dimestikan pada setiap sifat tersebut, manakala tartil lebih kepada meraikan makhraj (tempat keluar) huruf dan menjaga tempat berhenti supaya tidak bercampur sebutan huruf disebabkan bacaan yang laju.

Dalam Islam, membaca Al-Quran dengan hukum tajwid dianggap sangat penting. Tajwid adalah ilmu yang mempelajari cara-cara melafalkan huruf-huruf Al-Quran dengan benar, termasuk penempatan dan pengucapan yang tepat. Tujuan utama dari penggunaan tajwid adalah untuk memastikan bacaan Al-Quran dapat dipahami dengan baik dan disampaikan dengan akurat sesuai dengan yang diturunkan Allah SWT.

Namun, jika seseorang membaca Al-Quran tanpa mematuhi hukum tajwid, itu tidak secara langsung dianggap sebagai dosa. Hanya saja, disarankan agar setiap muslim berusaha untuk mempelajari tajwid dan menerapkannya dalam membaca Al-Quran. Dengan demikian, bacaan mereka akan lebih tepat dan lebih dekat dengan cara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Penting untuk dicatat bahawa Al-Quran harus dibaca dengan penuh kehormatan dan kesungguhan. Jika seseorang tidak memahami atau tidak mampu menerapkan tajwid, mereka tetap dianjurkan untuk membaca Al-Quran dengan niat yang baik dan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka tentang tajwid seiring waktu.

Dalam hal ini, disarankan bagi mereka yang ingin membaca Al-Quran dengan lebih baik dan lebih sesuai dengan hukum tajwid untuk mencari sumber pembelajaran yang dapat membantu mereka mempelajari aturan dan prinsip tajwid. Ada banyak buku, kursus online, dan guru yang dapat membantu meningkatkan pemahaman tentang tajwid dan memperbaiki cara membaca Al-Quran.

Belajar Dan Mengajarkan

Kesimpulannya, menasihati orang ramai agar mempelajari ilmu tajwid agar Al-Quran dapat dibaca dengan baik dan elok. Sebaiknya jadikan hadith ‘Aisyah R.A seperti yang dinyatakan di atas dijadikan sebagai sumber motivasi bagi menggalakkan diri untuk membaca Al-Quran lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang berkemahiran di samping melihat juga pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W lain yang banyak menceritakan kelebihan dan juga faedah bagi mereka si pembaca Al-Quran. Ambillah juga faedah daripada salah satu hadith Nabi S.A.W:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Riwayat al-Bukhari (5027)

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan Al-Quran, moga Allah S.W.T memberikan keringanan dan keikhlasan kepada kita dalam beribadah kepadaNya dan juga memberkati segala amal perbuatan kita.

#Ibadahterasaindah

Leave a Reply