You are currently viewing Ramai Tak Tahu, Makna Berubah Bila Bacaan Salah!

Ramai Tak Tahu, Makna Berubah Bila Bacaan Salah!

  • Post category:Tajwid
  • Post author:
  • Post comments:1 Comment
  • Reading time:7 mins read

“Macam salah je aku berhenti baca ni, nak berhenti dekat mana pun taktahu. Ah, baca jela asalkan habis Juzuk ni” Ramai yang masih macamni kan? Masih tidak endah dan tidak ambil peduli tentang cara berhenti bacaan yang betul.

Semua membaca Alquran hanya untuk khatam Alquran tetapi ramai yang masih tidak menguasai Tajwid serta cara bacaan yang betul. Kesalahan paling ramai lakukan adalah apabila kesalahan dalam penentuan tempat waqaf dan ibtida’ sehingga menyebabkan perubahan pada makna ayat alQuran.

Waqaf Ibtida’ adalah salah satu tanda bacaan atau tanda berhenti pada awal kalimah dalam Al-Quran. Penggunaan Waqaf Ibtida’ sangatlah penting dalam membaca Al-Quran dengan benar dan memahami maknanya dengan baik.

Waqaf terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

i. Waqaf Tam ialah tempat berhenti yang sempurna dari segi lafaz dan makna. Hukumnya ialah boleh berhenti bacaan dan mula pada perkataan seterusnya

ii. Waqaf Kafi ialah tempat berhenti yang sempurna dari segi lafaz dan tidak sempurna dari segi makna. Hukumnya ialah boleh berhenti dan mula pada kalimah seterusnya.

iii. Waqaf Hasan ialah tempat berhenti yang belum sempurna dari segi lafaz dan makna. Hukumnya terbahagi kepada dua:
a) Jika tempat waqaf tersebut bukan pada akhir ayat, maka boleh berhenti tetapi perlu ulang beberapa kalimah sebelum itu. Beberapa kalimah itu bergantung pada kesesuaian maksud ayat jika dimulakan di tempat itu.

b) Jika tempat waqaf tersebut pada akhir ayat, maka boleh berhenti dan mula pada kalimah seterusnya. Tidak perlu ulang balik beberapa kalimah.

iv. Waqaf Qabih ialah tempat berhenti yang tidak sempurna lafaz dan makna. Berhenti di tempat tersebut boleh menyebabkan perubahan pada makna asal sesuatu ayat. Hukumnya ialah tidak boleh berhenti kecuali ketika terpaksa berhenti. Maksud terpaksa berhenti ialah terbatuk, bersin, atau apa-apa sahaja keadaan yang kita tidak dapat kawal. Apabila terpaksa berhenti, maka perlu dimulakan dengan mengulang beberapa kalimah sebelumnya.

Pembahagian Ibtida’

Pembahagian Ibtida’ pula terbahagi kepada empat. Sama sahaja dengan pembahagian waqaf. Pembahagian Ibtida’ mengikut kepada pembahagian waqaf. Jika waqaf tam, maka ibtida’ pun jadi ibtida’ tam. Jika waqaf kafi, maka
ibtida’ akan jadi ibtida kafi. Jika waqaf qabih, maka ibtida’ akan jadi ibtida’ qabih.

Namun jika ibtida’ selepas waqaf hasan, ia terbahagi kepada dua bahagian. Jika waqaf hasan di akhir ayat, maka ibtida’ selepasnya akan jadi ibtida’ hasan. Jika waqaf hasan bukan di akhir ayat, maka ibtida’ selepasnya akan jadi ibtida’ qabih. Dikecualikan jika diulang beberapa kalimah sebelumnya, maka ibtida’ akan jadi ibtida’ hasan

Baca Dengan Tartil

Ilmu waqaf dan ibtida’ merupakan salah satu cabang ilmu dalam ilmu tajwid. Tujuan mempelajarinya adalah untuk mengetahui tempat berhenti dan tempat memulakan bacaan di dalam al-Quran. Waqaf Ibtida’ mempunyai banyak kepentingan kepada pembaca Alquran untuk djadikan sebagai panduan. Kepentingannya hingga sampai tahap
Saidina Ali RA meletakkan ia sebagai sebahagian daripada bacaan tartil.

Ketika beliau ditanya berkenaan maksud ayat:

Beliau menjawab: “Tartil ialah memperelokkan sebutan huruf dan mengetahui tempat waqaf.”

Maka disini menunjukkan bahawa Waqaf dan Ibtida’ itu sangat penting dalam pembacaan Alquran kita. Kita perlu sentiasa memperbaiki bacaan Alquran dan sentiasa belajar tentang Tajwid supaya bacaan Alquran kita dibaca dengan tartil dan sempurna. Jadi semua perkara yang berlaku ada sebab kan? Belajar tentang Waqaf Ibtida’ juga ada sebab dan kepentingan antaranya adalah:

1. Membantu Memahami Makna Al-Quran dengan Baik

  • Penggunaan Waqaf Ibtida’ pada awal kalimah sangatlah penting dalam membantu memahami makna Al-Quran dengan baik. Setiap ayat dalam Al-Quran memiliki makna yang penting dan jika kita tidak membacanya dengan betul, kita mungkin tidak memahami makna yang diinginkan. Dengan menggunakan Waqaf Ibtida’, kita dapat memperjelas kalimah dan memungkinkan kita untuk memahami makna yang dimaksud.

2. Membantu Membaca Al-Quran dengan Betul

  • Penggunaan Waqaf Ibtida’ juga membantu kita membaca Al-Quran dengan betul. Ada banyak kata-kata dalam Al-Quran yang memiliki beberapa erti, bergantung pada konteks kalimah. Dengan menggunakan Waqaf Ibtida’, kita dapat membaca Al-Quran dengan betul dan menghindari kesalahan dalam membaca dan memahami ayat-ayat Al-Quran.

3. Menjaga Keindahan dan Kelancaran Bacaan Al-Quran

  • Waqaf Ibtida’ juga sangat penting dalam menjaga keindahan dan kelancaran bacaan Al-Quran. Al-Quran diturunkan dengan bahasa Arab yang indah, dan mempelajari cara membaca dengan betul sangatlah penting untuk menjaga keindahan dan kelancaran bacaan. Dengan menggunakan Waqaf Ibtida’, kita dapat memastikan bahawa bacaan Al-Quran tidak terberhenti secara tidak tepat dan terdengar seperti membaca teks biasa.

4. Menghormati Kehormatan Alquran

  • Penggunaan Waqaf Ibtida’ juga merupakan suatu bentuk penghormatan terhadap Al-Quran sebagai kitab suci. Dalam agama Islam, Al-Quran dianggap sebagai kata-kata Allah SWT dan kita diwajibkan untuk menghormati dan memperlakukan dengan baik. Dengan menggunakan Waqaf Ibtida’, kita dapat memastikan bahawa kita membaca Al-Quran dengan betul dan menghormati kitab suci ini.
  • Dengan demikian, penggunaan Waqaf Ibtida’ sangatlah penting dalam membaca Al-Quran dengan betul dan memahami maknanya dengan baik. Hal ini akan membantu kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT serta memperkuat hubungan spiritual kita dengan-Nya.

Masih keliru tentang Waqaf dan Ibtida’? Zaman kini dah berubah dan semakin moden, jika kita masih keliru, kita perlu cuba cari cara atau usaha untuk mencari alat yang dapat membantu menyelesaikan masalah kekeliruan cara berhenti semasa membaca Alquran. Kini pelbagai alatan boleh didapatkan antaranya Alquran lengkap panduan Waqaf dan Ibtida’, pen Alquran dan juga kita boleh mengikuti kelas-kelas mengaji. Semoga semua dapat memperbaiki cara bacaan Alquran masing-masing ya!

This Post Has One Comment

  1. Syed Badri

    Ramai yang tak tahu benda ni, harap org lain akan lebih terdedahlah dengan ilmu-ilmu agama mcm ni

Leave a Reply