You are currently viewing Ambil Ringan Hukum Tajwid, Berdosa Atau Tidak?

Ambil Ringan Hukum Tajwid, Berdosa Atau Tidak?

  • Post category:Tajwid
  • Post author:
  • Post comments:0 Comments
  • Reading time:4 mins read

Berdosa atau Tidak? Sebelum mula belajar Al-Quran, kita semua dah diterangkan mengenai hukum tajwid supaya bacaan kita nanti akan jadi lebih baik. Hukum mempelajari tajwid ialah fardu kifayah, tetapi semua orang Islam wajib membaca al-Quran dengan betul.

Firman Allah SWT: “Dan bacalah al-Quran dengan tartil.” (Al-Muzammil: 4)

Ulama sepakat yang mempelajari ilmu tajwid ini ialah Fardhu Kifayah. Tidak perlu semua orang, akan tetapi cukuplah ada orang yang melibatkan diri dengan khusus dalam ilmu ini.

Tetapi, mengamalkan ilmu tajwid itu, hukumnya Fardhu Ain. Apa maksudnya di sini?

Begini, baca Al-Quran dengan tepat (bertajwid), itu Fardhu Ain. Wajib bagi semua orang Islam. Tetapi, belajar secara khusus (atau pakar) sehingga ke tahap pengajian tinggi, itu fardhu kifayah sahaja.

Maka, apa hukum kalau membaca Al-Quran tanpa tajwid. Umumnya, haram. Tetapi, hal ini perlu dilihat pada konteks juga. Kenapa tidak boleh baca Al-Quran tanpa tajwid? Malas belajarkah? Tidak ada masakah? Baru masuk Islamkah? Kenapa? Perkara ini perlu jelas tanpa ada alasan.

Kalau ada peluang, tetapi sengaja tidak mahu belajar. Ini haram. Tetapi, kalau sudah usaha sebaik mungkin. Tetapi tetap juga tersalah membaca. Tidak mengapa, usaha itu sudah baik.

Daripada Aisyah RA, Rasulullah bersabda:

Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang membaca Al-Quran, tetapi tetap mengalami kesusahan, dapatlah dia dua pahala atas sebab usaha dia itu. Maka, lihat keadaan kita. Kenapa tak reti bertajwid ketika membaca Al-Quran?

Mereka yang tahu tentang tajwid, tetapi tidak membaca Al-Quran dengan tajwid boleh jadi hukum berdosa. Mereka yang tahu

Perlunya Tajwid Yang Betul, Ini Sebabnya!

Terdapat 5 sebab mengapa perlu membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul antaranya,

Tajwid merupakan salah satu daripada syiar Islam dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, mempelajari tajwid dapat membantu seseorang mengenali secara tepat bunyi dan sifat huruf yang betul dan memahami hukum berkaitan dengan panjang dan pendek setiap huruf.

Membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dapat memastikan seseorang itu berdisiplin dan bersungguh dalam menuntut ilmu terutamanya dalam pembacaan al-Quran.

Tambahan pula, dengan pembacaan al-Quran dengan tajwid yang betul dapat menjadi saranan dan dorongan untuk seseorang agar sentiasa berusaha membaca al-Quran dengan cara yang terbaik dan mengikut hukum yang betul.

Akhir sekali, pembacaan tajwid yang betul dapat menjadikan jiwa dan Nurani pembaca khusyuk dan tawaduk untuk fahami maksud tersurat dan tersirat dalam al-Quran.

Al-Quran tiada hukum tajwid? Jangan risau, Al-Quran Al Mathani lengkap dengan hukum tajwid yang terperinci dan berwarna untuk mudah difahami!

Leave a Reply