You are currently viewing Tips Berhenti Bacaan Quran Pada Ayat Yang Panjang

Tips Berhenti Bacaan Quran Pada Ayat Yang Panjang

  • Post category:Tips
  • Post author:
  • Reading time:2 mins read

Pernah tak rasa bila baca al-Quran nafas tidak cukup? Selalu berhenti mana-mana tetapi sebutan tidak jelas dan hukum jadi salah.


Mari kita kongsikan tips berhenti bacaan al-Quran pada ayat yang panjang supaya pembaca dapat bacaan yang betul dan mengikut hukum.


TIPS PERTAMA
Berhenti di mana-mana antara 5 tanda waqaf. Terdapat lima tanda waqaf yang utama iaitu tanda mim ( مـ ), tanda qaf ( ﻕ ), tanda sad lam ( ﺼﻞ ), tanda sad ( ﺹ ), tanda sad lam ya ( ﺻﻠﮯ ).

TIPS KEDUA
Berhenti pada perkataan yang telah kehabisan nafas dan matikan huruf hujung, kemudian undur kebelakang dan cari 5 ‘keywords’ asas iaitu “Wau, Fa, Summa, Hatta & Illa”.

TIPS KETIGA
Berhenti pada Ra’sul ayat (Pada bulatan nombor ayat). Ra’sul Ayat (Ru’usul Aay) adalah hujung ayat yang setelahnya diletakkan tanda pemisah antara satu ayat dengan ayat yang lainnya.
Dapat sesuatu? Nak belajar tajwid dengan lebih senang boleh cari Al-Quran Al Mathani!