Perlu kita ingat bahawa ALLAH SWT memerintahkan hamba-Nya agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mentaati mereka selagi mana perkara yang diperintahkan tidak bercanggah dengan syarak. Bukan suka-suka kita perlu taat kepada mereka tetapi ia adalah perintah ALLAH SWT.
Hal ini kerana ibu bapa kita telah mencurahkan banyak jasa bakti yang amat besar kepada anak-anak sehingga mereka berkorban nyawa, tenaga dan harta untuk membesar anak-anak
Kita perlu faham bahawa kedudukan ibu bapa disisi ALLAH amatlah tinggi sehinggakan ALLAH meletakkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa selepas atau bersebelahan dengan perintah tidak menyembah selain daripada ALLAH dan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun.
5 AKIBAT TIDAK BERBUAT BAIK TERHADAP IBU BAPA
1. Haram baginya untuk masuk syurga
Haram baginya untuk masuk syurga, Ini adalah balasan yang paling ditakuti oleh semua manusia yang bergama islam. Syurga adalah idaman semua dan neraka adalah balasan yang paling ditakuti kerana azabnya tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran manusia. Balasan untuk anak derhaka ialah diharamkan baginya untuk masuk syurga. Ia adalah berlandaskan hadith berikut:
“Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, iaitu pemabuk berat, penderhaka terhadap kedua orang tua, dan juga seorang dayus (merelakan kejahatan berlaku di dalam keluargannya, merelakan isteri dan anak perempuannya berkelakuan serong)”.
Hadith riwayat Nasa’i dan Ahmad
2. Tidak diterima oleh Allah amal ibadah dan Solatnya
Takutkah anda kalau kami katakan bahawa Allah menolak setiap amal ibadah dan solat yang dilakukan oleh seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya? Ianya adalah berdasarkan hadith yang berikut;
“Allah tidak akan menerima Ibadahnya, solatnya orang yang dibenci kedua orang tuanya yang tidak menganiaya kepadannya”.
Hadith Riwayat Abu al-Hasan bin Makruf
“Ada tiga hal yang menyebabkan terhapusnya seluruh amal, iaitu syirik kepada Allah, durhaka kepada orang tua dan seorang alim yg dipermainkan oleh orang dungu & jahil”.
Hadith Riwayat Thabrani
3. Tidak termasuk dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad tidak mengaku mereka yang menderhaka kepada ibu bapa sebagai umatnya. Menurut Ad-Dailamy, Rasulullah bersabda bahawa:
“Tidak termasuk dari golongan kami orang-orang yang diperluas rezekinya oleh Allah lalu ia tidak memberi nafkah kepada keluargannya”.
Hadith Riwayat Ad-Dailamy
4. Termasuk dalam golongan mereka yang kafir
Golongan kafir ialah mereka yang menolak agama Allah dan menyembah tuhan selain Allah. Dari sudut pandangan islam, mereka yang menderhaka kepada ibu bapa adalah termasuk dalam golongan manusia yang kafir. Ia adalah berdasarkan hadith yang berikut:
“Jangan membenci kedua orang tuamu. Barang siapa Orang yang mengabaikan kedua orang tua, maka dia kafir”.
H.R. Muslim
5. Mendapat balasan di dunia
Sekali lagi, dosa merderhaka kepada kedua ibu bapa akan dibalas secara cash di dunia. Al-Hakim dan Al-Ashbahani, dari Abu Bakrah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Setiap dosa akan diakhirkan oleh Allah SWT sekehendak-Nya sampai hari kiamat, kecuali dosa besar yang mendurhakai kedua orang tua. Sesungguhnya Allah SWT akan menyegerakan (balasan) kepada pelakunya didalam hidupnya sebelum mati”.
Itulah dia info tentang balasan anak tidak berbuat baik terhadap ibubapa yang ingin kami kongsikan. Semoga bermanfaat buat anda. Dari itu hormatilah ibu bapa sepanjang hayat di kandung badan. Lakukanlah perbuatan yang menyenangkan hati mereka semasa mereka masih hidup dan berdoalah kepada mereka setelah mereka meninggal dunia. Moga-moga dengan berbuat demikian hidup kita akan diberkati dan dirahmati Allah dan kita menjadi manusia yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Insya Allah..