Budaya syarikat mungkin berubah berdasarkan jumlah bilangan ahli pasukan, tetapi Insyallah impian kami tetap sama. AMRU ingin memainkan peranan di dalam setiap perilaku serta amal baik umat Islam di seluruh dunia.

Kami akan terus mengeluarkan produk atau menawarkan servis yang boleh memberi nilai tambah terhadap umat Islam. Seterusnya memberikan kegembiraan dan kepuasan terhadap semua yang terlibat; pekerja, pelanggan, pemegang saham dan pembekal.

Kejujuran

Kami jujur dan telus dengan semua orang di dalam melaksanakan tugas. Ia meliputi semua aspek, termasuk diri sendiri.

Bertanggungjawab

Kami bertanggungjawab terhadap perkara yang telah diamanahkan serta bertanggungjawab di atas akibat bagi setiap keputusan.

Berkongsi

Kami berkongsi segala dapatan yang diperolehi, baik atau buruk, untung atau rugi, agar dapat diteladani bersama.

Belajar & Membangun

Kami sentiasa belajar perkara baru. Membangunkan diri kami dengan kemahiran dan pengalaman baru yang dikutip.

Kami terbuka untuk bekerjasama dengan anda. Anda bakal menikmati:
  •  Masa kerja yang fleksibel.
  •  Bekerja dari rumah.
  •  Faedah kesihatan.
  •  Makanan & minuman percuma.
  •  Majlis sambutan hari jadi.
  •  Kelas untuk pembangunan diri.
  •  Buku bacaan percuma.
  •  ‘Meetup’ tahunan.
JAWATAN YANG DIPERLUKAN
Pereka Grafik

Pereka grafik bertanggungjawab menghasilkan pelbagai jenis rekabentuk grafik yang diperlukan oleh semua bahagian jabatan syarikat. Beliau perlu memastikan hasil kerja yang dihasilkan mengikut piawaian jenama yang telah ditetapkan.

Kubang Kerian, Kelantan

Pengurus Media Sosial

Pengurus Media Sosial perlu bertanggungjawab terhadap keterampilan sosial media syarikat dari segi susunan gambar, pemilihan gambar, copywriting dan sebagainya. Beliau juga perlu mahir di dalam bahasa pelanggan agar komunikasi yang diketengahkan itu sampai.

Kubang Kerian, Kelantan

Pereka Laman Web

Pereka Laman Web perlu bertanggungjawab terhadap user interface (UI) dan user experience (UX) laman web syarikat. Beliau juga perlu pastikan setiap tugasan yang diberikan mampu memenuhi piwaian jenama syarikat tanpa mengabaikan UI/UX.

Malaysia

Penulis Islamik Konten

Penulis perlu mahir dalam menggunakan Bahasa Melayu dari semua aspek khususnya tatabahasa dan tanda baca. Beliau juga perlu kreatif di dalam menggarap sesuatu artikel agar lebih menarik dan mampu siapkan artikel di dalam masa yang telah ditetapkan.

Malaysia

Pemeriksa Kualiti Produk

Pemeriksa Kualiti Produk akan melakukan Quality Check (QC) dan pembungkusan bagi setiap produk yang masuk ke warehouse syarikat. Beliau perlu mematuhi setiap Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh syarikat bagi setiap produk.

Pengkalan Chepa, Kelantan

 

Pemasar Digital

Pemasar Digital perlu melakukan hebahan terhadap produk-produk keluaran syarikat melalui pelbagai platform di internet. Beliau perlu belajar menggunakan sebarang platform yang ada untuk tujuan pemasaran seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya.

Kubang Kerian, Kelantan

Jika berminat untuk memohon mana-mana jawatan di atas, sila hantarkan resumé
anda ke hr salam@mikraj.co berserta jangkaan gaji / imbuhan yang ingin diterima.
Kerjasama anda amat dihargai, terima kasih.

HOTLINE

(+6) 03-89275162 // (+6) 010-8198409

Ahad - Khamis. 9:00 AM - 5:00 PM MYT. Kecuali cuti umum.

EMEL

salam@mikraj.co

 
 

LANGGAN NEWSLETTER

Jadi orang yang pertama untuk mengetahui sebarang tawaran atau promosi dari kami. Nikmati diskaun RM15 bagi pembelian pertama.