Mudah dibawa dan mampu milik, Surah Pilihan iaitu produk kedua keluaran dari Mikraj baharu sahaja diperkenalkan. Yang menarik perhatian ialah produk ini dikemaskini semula dan kompak dengan pelbagai isian menarik.

Bukan itu sahaja, Mikraj memberi nilai tambah yang pelanggan akan dapatkan serta mendapat akses seumur hidup.
Mikraj mendengar maklum balas pelanggan setia tentang produknya sebelum ini. Jadi, pembaharuan dan kemaskini dilakukan demi menjaga kualiti produk yang akan pelanggan terima.
Surah Pilihan sebelum ini sangat menarik pelanggan dan menyebabkan mereka membuat ulangan pembelian. Justeru dari sini Mikraj memberi perhatian kepada pelanggan setianya untuk memberikan produk terbaik kepada mereka.
Tawaran istimewa juga diberikan kepada mereka yang sentiasa menyokong dan memberi maklum balas baik kepada Mikraj.
Saiz dan Material
Mengulas mengenai ketebalan dan berat Surah Pilihan, naskah ini hanya seberat 400 gram dan senipis 1 sentimeter yang menjadikannya nampak nipis dan juga ringan.
Keperluan golongan dewasa menggunakan Surah Pilihan ini adalah untuk dibawa ke masjid atau surau-surau dan juga sebagai amalan harian mereka. Jadi 7 Surah Pilihan ini sangatlah sesuai untuk dibawa kerana lebih mudah, dan juga ringan.
Walaupun naskah 7 Surah Pilihan ini mempunyai banyak pengisian, material kulit yang digunakan berkualiti tinggi. Isian dalam 7 Surah Pilihan ini menggunakan kertas putih yang dapat membantu mengelakkan silau ketika membacanya.
Tambahan pula, ‘Design’ kulit naskah ini juga eksklusif dengan ukiran monomark kalimah Allah. Jadi naskah 7 Surah Pilihan memang sangat berbaloi untuk dimiliki dan juga sesuai dijadikan sebagai hadiah kerana dilengkap dengan design yang eksklusif dan cantik.
Isi Kandungan

Naskah Surah Pilihan sebelum ini hanya mempunyai 4 Surah harian sahaja, tetapi kini Mikraj telah perbaharui naskah Surah Pilihan ini dengan menambah lagi 3 Surah Pilihan. Jadi jumlah surah yang terdapat dalam naskah ini dijadikan sebagai nama iaitu Naskah 7 Surah Pilihan. Antara surah harian dan isian lain yang terdapat dalam naskah ini ialah:
1. Surah Al-Kahfi
Surah Al-Kahfi diturunkan di Makkah (kecuali ayat 28, 83 dan 101 yang diturunkan di Madinah) dan merupakan salah satu dari lima surah Mekah yang dimulai dengan “Alhamdu lilah” (Segala puji bagi Allah). Ia mempunyai 110 ayat, dan namanya diambil dari ayat ke-9 apabila disebut tentang orang orang yang berada di dalam gua (Kahfi).
2. Surah Al-Mulk
Dinamakan surah ”Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan), kerana pada awal surah ini Allah Ta’ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, – menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.
3. Surah Ar-Rahman
Ar-Rahman adalah salah satu dari 99 nama Allah yang bermaksud Maha Pemurah. Surah Ar-Rahman merupakan salah satu surah Al-Quran yang indah dan paling banyak dibaca. Ia adalah ayat Makkiyah yang ke-55 dalam Al-Quran mengandungi 78 ayat.
4. Surah Al-Waqiah
Surah al-Waqiah untuk pengetahuan anda diturunkan di Mekkah dan mempunyai 96 ayat dan merupakan surah makkiyyah. Ia adalah surah yang ke-56 dalam kitab suci Al-Quran.
Ia juga digelar sebagai surah kekayaan kerana banyak hadis dan riwayat yang menceritkan tentang kelebihan yang dibawa oleh surah ini.
5. Surah As-Sajadah
As-Sajadah bererti sujud. Surah As-Sajadah adalah surah ke-32 di dalam Al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat Makkiyyah. Allah S.W.T. menyatakan bahawa orang-orang beriman bersujud, bertasbih dan memuji Allah S.W.T. dengan tidak merasa sombong apabila diingatkan dengan ayat Allah S.W.T. dalam surah ini.
6. Surah Yassin
Surah Yassin adalah surah yang ke-36 dalam Al Quran. Ia terdiri daripada 83 ayat, termasuk surah-surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya-sin.
7. Surah Ad-Dukhan
Surah Ad-Dukhan adalah surah ke-44 dalam Al-Quran. Ia tergolong dalam surah Makkiyah dan mempunai sebanyak 59 ayat. Duhkan atau Ad-Dukhan bermaksud kabut, jerebu, atau asap. Hal ini kerana pada ayat ke-10 surah ini, dan ayat-ayat yang terdahulu dan yang terkemudian daripadanya, Allah SWT telah memberikan amaran kepada kaum kafir musyrik yang telah menentang Nabi Muhammad SAW.
8. Zikir Harian Al Mathurat
Al-Ma’thurat berasal daripada perkataan Arab iaitu ma’thur, yang bermaksud diambil daripada Al-Qur’an dan hadis. Kalau zikir ma’thur maknanya, zikir daripada al-Qur’an & hadis. Manakala, zikir al-Ma’thurat pula adalah himpunan zikir dan wirid yang ma’thur dari Nabi Muhammad saw.
9. Doa Rabitah
Doa Rabitah adalah sebahagian dari Al-Mathurat iaitu risalah himpunan zikir oleh Imam Hasan Al-Banna. Ia sering dijadikan wirid yang dibaca oleh sesetengah Muslim pada waktu pagi dan petang, sama ada sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra, sama ada secara berjemaah atau bersendirian.
10. Doa Harian
7 Surah Pilihan dilengkapi dengan Doa-doa harian yang boleh diamalkan sebagai rutin harian.
11. Asmaul Husna
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Ternyata Bermanfaat Kepada Pembeli
@officialmikraj Siapa rindu bacaan dari @Ammar Mukhlis ? Cuba komen HADIR…#7surahpilihan #quranbesarpremium #trending #fypシ #mikrajofficial #racuntiktok #livenow #almathani #qurantime ♬ original sound – Mikraj
7 Surah Pilihan yang telah dikemaskini semestinya memberi banyak manfaat kepada pembelinya. Tambahan pula, harga yang ditawarkan juga mampu milik. 7 Surah Pilihan ini juga sesuai dijadikan sebagai hadiah, jom dapatkan segera!