Marilah kita lihat kepada diri kita, sudah seberapa besar cinta yang kita tunjukkan kepada ibu bapa?Sudah seberapa berat pengorbanan yang kita berikan kepada mereka?
Kerana banyak antara kita yang masih tidak pandai untuk menjaga hati ibu bapa kita. Kerana kesibukan, kerana kepayahan dan kerana hidup yang semakin lama semakin mengikis rasa sayang kita kepada mereka.
Kita wajib mengambil tahu cara untuk menjaga hati ibu bapa kita dan mesti praktikkan ia dengan sebaiknya dari awal lagi.
Percayalah, kalau anda amalkan 5 tips mujarab ini, ibu bapa akan terasa dihargai dan hubungan anda boleh menjadi semakin baik hari demi hari.
Amalkan Tips Ini, Inshaa Allah Mujarab!
1. Sentiasa Hormat Dalam Apa Jua Emosi Ketika Berbincang
Bersikap hormat dalam keadaan apa jua emosi sekali pun. Mungkin kita pernah marah, pernah kecewa, tetapi perasaan itu sebaik-baiknya tidak mengurangkan rasa hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Setuju atau tidak, kajian mengatakan jika kita tidak kawal emosi kita semasa berbicara, berkemungkinan 72% kita akan mengguris hati pendengar dan bermulalah pergaduhan
Tetap tenang dan bijak menjaga emosi dengan baik.
2. Tunjukkan Rasa Kasih Sayang
Cara mengeratkan hubungan antara kita dan ibu bapa juga adalah menunjukkan rasa kasih sayang. Mengeratkan hubungan dengan ungkapan sayang amat mudah pada saat hangat dalam bercinta dengan pasangan, namun ia menjadi semakin sukar sekiranya diamalkan dalam kehidupan berkeluarga.
Jangan lah kerana ego, ibu bapa kita tersinggung dan terus terasa akan tindakan kita. Semakin susah nanti kalau nak berurusan dengan mereka di masa akan datang
3. Jangan Menyampuk Perbicaraan
Jangan sekali-kali menyampuk perbicaraan ibu bapa. Ini etika asas yang mesti difahami secara betul. Jika etika ini kita terus lakukan hingga dewasa, ini akan menjadi nilai yang baik.
Kita tahu bila sepatutnya bercakap dan bila kita perlu memerhatikan dengan baik.
Kebolehan mendengar dan memerhati dengan baik jarang dimiliki oleh kebanyakan orang. Sebahagian besar hanya pandai dalam hal percakapan, tetapi cukup runsing apabila perlu mendengar dengan baik percakapan orang lain.
4. Jangan Berleter Kepada Ibu Bapa ketika Memberi Teguran
Teguran sebenarnya dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak. Ibu bapa pastinya pernah dan akan membuat kesilapan.
Jangan mengajari, menasihati atau memberi ceramah kepada ibu bapa seolah-olah kita “terpaling” betul. Ibu bapa kita sebenarnya sedar akan salah mereka tapi mereka tidak perlukan leteran yang melalut. Sekali kita tersalah tegur, mereka juga akan tersinggung dengan leteran kita
Inilah formula yang sesuai jika hendak menegur mereka dengan baik
Tegur -> Berikan sebab – > Berikan pandangan
Contohnya, ketika Ibu kita berminat dengan iklan peraduan mengarut di Facebook oleh scammer,
“Eh tak boleh tu Mak, sebab… (nyatakan). Ibu kawan along dah pernah kena minggu lepas. Kesian ibu dia..”
5. Selalu Memberi Hadiah
Mengeratkan hubungan dengan memberi hadiah dapat membuatkan diri mereka rasa diingati dan dihargai.
Ia turut menambahkan jalinan kasih sayang antara ibubapa dan anak. Malah, jika disampaikan dalam bentuk kejutan, maka ia akan menjadi lebih bermakna.
Apa-apa pun, Bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran tetapi ingatan mendalam dari hati yang suci itulah yang memberikan kesan kepada si penerima seterusnya mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.
Keberkatan Allah SWT Untuk Mereka Yang Melakukan Tips diatas!
Ha, mujarab tak tips untuk